ALAM BINA DAN PEMBENTUKAN MANUSIA

"Manusia membina alam bina yang akhirnya membentuk manusia itu sendiri"
Masjid negara dan Dayabumi
Apakah cabaran yang paling tinggi didalam alam bina (built environment ) ?? Adakah dari segi  rekabentuk ? pembinaannya kah ? atau kos mahupun halangan halangan lain yang mungkin berlaku semasa proses tersebut ? Walaupun perkara yang dinyatakan diatas mungkin adalah cabaranya , tapi cabaran yang paling utama adalah merekabentuk untuk manusia . Jikalau tidak , buat apa menara dan rumah dibina jika bukan untuk kegunaan manusia ?

Di millenium ini , kita berebut rebut memperjuangkan pembangunan fizikal , dijana dengan perkembangan teknologi yang pesat dan arkitek ternama . Ramai perekabentuk terinspirasi dan terkejaran dengan pengaruh pengaruh ini ,tanpa penjelasan yang kukuh mengenai dasar dan matamat seterusnya menjadikan sebuah penggoblisasian senibina serantau , satu set keseragaman rekahias bangunan walaupun terdapat juga penjanaan dan penzahiran dari sedikit nama mengenai rekabentuk nasional dan keberkesanannya.

Pekerjaan perekabentuk alam bina merupakan tanggungjawab yang besar ,bagi saya sendiri jika diteliti dengan halus pengguna bangunan tersebut dan kesan dan akibatnya terhadap alam dan masyarakat . Oleh kerana umat Islam percaya mengenai timbangan amalan dan perundangan di akhirat kelak , tidaklah dapat ditanggung jika misalnya akibat penggunaan bahan bersinar menyebabkan 5 orang mengadu akibat kepanasan dan silau yang terpantul memasuki kediamannya ,atau mungkin jika ada yang mengadu mengenai rumah yang terbuka lalu menyebabkan aurat wanita terzahir secara tidak sengaja ( lain jika sengaja ) .  Kita percaya timbangan hisab manusia tidak akan terlepas walaupun sebesar zarah daripada pandangan Ilahi .

Comments

  1. nak jadi arkitek bukan senang...
    sbelum nak design kene kaji dulu baik buruknya..
    kalau design kita mendatangkan kesan yang tak elok terhadap masyarakat kita berdosa..

    ReplyDelete
  2. sbb tu nak jadi arkitek memerlukan masa yang lame .dan ramai arkitek menjadi terkenal hanyalah selepas mereka semua tua rengke.. hahahah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts