SEMEKAR SEMARAK API
Delonix regia fam.Fabaceae .common name: flame of the forest /semarak api |
Permulaanya indah ,bagaikan riak riak ombak bermain ditepian pantai . Menyambut mesra menyapa ,amat mengembirakan hati .Tetapi ,hakikat sebenarnya riak riak permainan ombak ini hanyalah pinggiran daripada seluruh keluasan lautan yang tiada berpenghujung . Mudah didekati namun sukar untuk dikuasai keseluruhannya .
Seringkali juga , keadaan berubah menjadi sedingin dan setinggi pergunungan Everest .Serakan hambatan ribut salji yang kuat mendesak mana mana jiwa sekalipun agar sentiasa tidak mendekati pergunungan .Dingin dan mencengkam ,terpisah dan jauh daripada mana mana jiwa untuk merapati .
Namun begitu diantara beberapa musim dan waktu . Aku sentiasa menunggu diwaktu kamu lapang dan damai , hangat bagaikan suria pagi .Dimana awalan perpohonan semarak api yang rendang , mula menerbitkan semarak mekar bunga kemerah merahan yang kemudiannya terbang perlahan dipuput bayu damai .
Aku cuba membutakan mataku dan memekakkan telingaku daripada menerima hakikat perpohonan semarak api itu tidak lagi mekar berbunga .
Epilog
Semasa kehangatan semarak kisah mulai berputik .Seringkali jua simptom penyakitnya datang mendadak . Dan musim bunga yang indah secara drastik bertukar ganas dengan taufan ribut salji yang kuat menghentam jiwa .Panggilan kepastian telah ditentukan , Tuhan lebih menyayanginya . Aku sentiasa berdoa agar semarak api berputik kembali , memecahkan kutub artik hatiku yang membeku kekosongan .
(cerita ini hanyalah rekaan ,tiada kaitan antara hidup dan mati )
Comments
Post a Comment