PEMBANGUNAN LESTARI

Pelestarian /pemampanan ( suistainable development ) ,  itu harus bukan sahaja  merupakan sebuah "trend " pembangunan terkini ,tapi  ikutan yang wajib bermula  pada peringkat  permulaan sehingga akhirnya .
Walaupun pembangunan mapan ini hangat berlaku disebabkan kesedaran masyarakat sendiri mengenai perubahan suasana global yang semakin kurang kondusif untuk didiami , namun penelitian mengenai pembangunan ini haruslah dihalusi pada asas dasar dan matlamatnya dahulu . Jika dasar dan matlamat pelestarian ini tidak difahami , lahirlah pelestarian diatas terma "asal ada " / trend " .Tidak perlulah untuk menyusahkan diri sendiri misalnya seperti membina rumah dari konkrit terpakai / membina laman hijau diatas bumbung . Cukup dengan pelestarian idea yang mudah dan ringkas seperti peneduhan dari pokok mahupun menggunakan lampu jimat tenaga .
"Idea terbesar pelestarian bukan sahaja terletak pada alam bina namun yang paling besar sekali adalah pembentukan masyarakat yang membina kehidupan yang lestari "

Adalah tidak lestari jika kita memerlukan masa 30 minit menaiki kenderaan ke tempat kerja , adalah tidak lestari jika kita banyak menggunakan  bekas makanan plastik . Adalah tidak lestari jika kita terlalu banyak mengecas telefon bimbit disebabkan pembaziran tenaga akibat nada dering yang terlalu lama misalnya .Dan perbincangan mengenai pelestarian pembangunan ini amatlah luas untuk diterangkan dalam masa sehari .Namun ,anda boleh menggerakkan idea mudah ini daripada sekarang .

Comments

Popular Posts