KAMPUNG BARU DAN FATIMAH'S KAMPUNG

Cerita fiksyen  Fatimah,s Kampung yang ditulis oleh iain Buchanan daripada persatuan pengguna Pulau Pinang mempunyai berberapa latar yang wujud walaupun fiksyen tapi masih relevan dan menyentuh hal sebenar .Diceritakan bahawa  tanah dikampung tersebut adalah kurniaan Sultan kepada penduduk dan akan kekal untuk selamanya . Namun masa terus berlalu ,pembangunan merampas segalanya, hutan ditarah , anak sungai tercemar , tanah dijual , merekapun berpindah ke bangunan flat yang diperbuat daripada konkrit .

Kampung Baru dan arus pembangunan
Terdapat lebih dari  4000 orang pemilik tanah di kawasan kampung yang dipecahkan kepada 7 kampung  kecil . Terdapat juga pemilik tanah yang meninggal dunia .Setelah lebih seratus tahun penubuhan kampung ini , apakah cadangan yang patut / lebih baik dibuat dikawasan tersebut .

- kebanyakan fakta dan cadangan adalah lebih kepada pembangunan komersil dengan pemilikan 60 :30 bumiputras - bukan bumiputras .
-terdapat juga cadangan untuk diadakan pusat kebudayaan melayu ,dan segala perkara yang berkaitan .

Komen : Pembangunan komersil akan menyebabkan kawasan tersebut menjadi tidak sesuai lagi untuk didiami seperti yang dialami sekarang dimana ramai penduduk kampung baru telah berpindah dan kebanyakan rumah  didiami oleh  imigran .Bagi mewujudkan kampung kebudayaan pula adalah akan ditakuti apabila mereka dijadikan seperti  bahan pameran yang  akan selalu diambil  gambar seperti kaum natif .

Central Park di New York 
 Amat membimbangkan jika terlalu banyak pembangunan diadakan , KL menjadi semakin padat dan sesak serta tidak menjadi begitu kondusif untuk didiami .Contoh terbaik di New York misalnya , sebuah taman besar telah dibina ditengah tengah bandar dan disekeliling taman tersebut diperkayakan dengan pelbagai aktiviti dan program kebudayaan daripada Guggeinheim museum ,metropilitan museum of arts dan sebagainya .

Fatimah's kampung banyak menceritakan mengenai fragmen sosial apabila pembangunan yang tidak mapan dilakukan - manusia hidup didalam keadaan monolitik , dan lain lain lagi perkara yang terjadi akibat daripada pembangunan .Dan sekarang ,saya berfikir apakah pembangunan harus mengikis budaya masyarakat mahupun masyarakat berubah mengikut rentak masa dan pembangunan sehingga ..........................satu persoalan yang menjadi tanda tanya .

Comments

Popular Posts