Mercer's Quality of Living Survey ,yang membuat penilaian tahunannya ,menyenaraikan 221 bandaraya di dunia berdasarkan 39 kriteria . Kriteria utama yang diambil adalah berdasarkan ,keselamatan ,Pendidikan , Kebersihan , penjagaan kesihatan , budaya ,rekreasi , kestabilan ekonomi - politik dan kenderaan awam ,
sumber daripada
wikipedia.
Apa cerita KL ?? Mungkin suatu hari nanti KL akan menjadi lebih 'hidup' dengan adanya menara warisan 100 tingkat . Pada hakikatnya , banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dan ditambah baik bagi meningkatkan kualiti perbandaran sebagai contoh pengangkutan awam , rekereasi , keselamatan ,dll dan saya berharap agar duit daripada syarkat kerajaan @ projek kerajaan dibawah PNB itu dapat ditukarkan kepada projek lain yang lebih berfaedah dan memberi kesejahteraan kepada warga Kuala Lumpur khususnya .( projek ini dikecam kerana dibuat dan dibentangkan di parlimen @ biaya kerajaan = wang cukai rakyat ) .
Saya menyokong pembinaan MRT yang akan menambahbaikkan lagi sistem trafik KL , dan bagi pembinaan menara yang hendak melawan KLCC ini adalah sangat membazir.Pembinaan menara warisan hanyalah menambahkan masalah trafik dan kesesakan yang lebih tinggi sebagai contoh pembinaan KLCC sekarang .Kuala Lumpur adalah bandar bersejarah yang mempunyai pelbagai lapisan identiti . Cukup bagi saya untuk melihat pembangunan sehari Dubai yang monolitik tersebut diaplikasikan disini.
|
Bandar raya Dubai |
|
Bandar raya Kuala Lumpur dengan KLCC |
Pembinaannya juga akan mengganggu gugat latarbelakang KL sediaada . KLCC sudah menjadi lambang utama Malaysia amnya seperti Opera house di Sydney ataupun Eifell tower di Paris . Pada kesimpulannya ,masih ada banyak perkara yang perlu dibuat selain pembinaan menara dan pusat membeli belah yang semakin berlambak di KL ini .
Comments
Post a Comment