MEMBACA ALAM BINA

Sudah  tentunya aku masih muda mentah ,banyak lagi benda yang perlu didalami .Hari ini dan esok ,berazam untuk membaca alam bina ."Tak !, BUKAN BACA BUKU lagi .
"What the diffrent with the real built environment is a 3d spaces where you have to interact with all the sense ,to touch ,to hear ,to see , to taste , etc .Its much diffrent with what you read in the 2d plane of book." 
Tapi semestinya mesti mempunyai asas yang kukuh dulu ataupun mempunyai rujukan .Jikalau tidak ,sama sahajalah dengan pelancong yang lain .
 Pada akhir pengembaraan ,seorang pelajar senibina seharusnya dapat memberikan sintesis berdasarkan fakta yang dipelajari dengan menggunakan bahasa prinsip prinsip rekaan senibina . Atau kamu sama sahaja dengan kontraktor /tukang rumah .   ucaptama pensyarahku .
    Apa yang dimaksudkan dengan pensyarahku mengenai kontraktor /tukang rumah adalah mengenai perbezaan diantara arkitek dan tukang rumah hanyalah dibezakan dengan ilmu dan cara penyampaian dan sintesis mereka mengenai idea rekabentuk .Apa yang tukang rumah tiada didalam rekaan mereka ialah "bahasa senibina /architecture words ".
     Masalah yang lain timbul akibat menggunakan bahasa yang terlalu tinggi .Rata rata klien merupakan seseorang yang tidak mempunyai pendidikan senibina secara formal menyebabkan adakah maksud arkitek itu dapat dicapai kepada khayalak ramai ? Malah saya juga merasakan mereka seperti pura pura mengerti pada sesuatu perkara walaupun sebenarnya tidak langsung (benar ). Oleh itu ,adalah perlu untuk merakyatkan senibina .   

Comments

Popular Posts