PERPUSTAKAAN BARU SELANGOR .

Perhatian kepada semua ulatbuku, ulatbuku , pengguna perpustakaan yang tegar ,menggunakan perpustakaan untuk study ,dating ,wifi atau apa sahaja .Dimaklumkan Perpustakaan Tun Uda akan ditutup bermula march ini .Ya 1 Hb march 2011 ini sehingga tarikh yang diberitahu kelak. ( dengar kata mungkin bulan jun -julai tahun ini dan perpustakaan Tun uda akan diubahsuai sebagai galeri diraja ) .
perpustakaan selangor baru di sek 13 ,betul betul berhadapan kelab golf Sultan Abdul Aziz

Memang boleh dikatakan perpustakaan baru ini lebih besar ,lebih moden dan lebih indah serta menghadap ke tasik dan landskap semulajadi yang belum dibangunkan lagi . Cuma , lokasinya agak dalam dan terpencil ini berbeza dengan lokasi perpustakaan dulu yang memang terletak di jaringan pusat bandar .Untuk makluman , perpustakaan baru ini terletak di seksyen 13 ,Shah Alam ,berhadapan bangunan rumah kelab golf Sultan Abdul Aziz , kalau kat jalan luar tu mmg pintu gerbang dia sebelah kolej PTPL .
gambar pintu masuk utama dengan struktur seakan akan auditorium diatasnya  .
 Perjalanan masuk ke kelab golf ini memang menenangkan ,dengan bayangan silara perpohonan yang rendang meneduhi pengunjung yang datang .perpustakaan ini juga menghadap ke arah permandangan bukit bukau yang indah menghijau ,dilatari ketenangan air tasik .Tak sabar rasanya untuk menunggu hari pembukaan perpustakaan baru ini .Kene tunggu lar sehingga tarikh rasmi yang akan diberitahu kelak .

Comments

Post a Comment

Popular Posts