MENGISLAMKAN SENIBINA

Kata hikmat pensyarahku terdahulu masih bergetar getar , menghantui mindaku . Ianya tampak mudah dan biasa sahaja tetapi cukup untuk membuatkan aku tidak lena selama berbulan bulan mencari cari dan memikirkan ,menelaah kesemua benda yang boleh dicapai ,berkelana di muzium ,galeri . Konsep termudah dalam Islam dan agama yang lain mengenai perbuatan baik dan jahat akan dibalas di akhirat kelak .Ianya berbunyi  begini "setiap kenaikan suhu yang berlaku pada bangunan yang awak bina kelak akan dihisab diakhirat nanti  " .

Islam pada pandanganku satu agama yang syumul ,menyeluruh ,holistik dan sesuai dengan zaman disebabkan Islam adalah agama Tuhan Yang esa ,diArasyNya yang satu , dengan nabi Muhammad SAW sebagai penutup segala nabi .Al Quran telah menetapkan garis panduan secara menyeluruh mengenai prinsip asas ,(ya asas ) kehidupan manusia .
Masjid Negara menjadi contoh terbaik Identiti nasional selepas merdeka.



Mengenai pemahaman senibina Islam kepada orang ramai , pelajar ,bahkan kategori pekerja ikhtisas pembinaan  professional pun , masih lagi berpegang pada dilema ,kesempitan idea ditakuk lama .Pengimejan berbentuk kezahiran .Umum ,masyarakat melihat senibina Masjid misalnya memerlukan kubah ,menara , arabesque ,mahupun corak corak geometrikal masrabiya yang dicelup terus tanpa melalui kajian dan sintesis yang menyeluruh .

Hakikat yang sebenarnya mengenai senibina Islam adalah , masjid Nabawi Yang dibina Rasulullah hanyalah sebuah binaan empatsegi bercourtyard , tipikal rumah rumah arab tanpa adanya kubah .Kubah dan menara diletak hanya selepas penambahbaikan pemerintah selepasnya .Senibina vernakular lama menunjukkan contoh yang unggul mengenai asimilisasi budaya tempatan dan kemudah binaannya .Tiada kubah ,tiada menara , hanya bumbung piramid ,dan penggunaan bahan tempatan .Masjid negara merupakan contoh yang paling baik mengenai pencarian identiti masyarakat Islam -Malaysia  . Pengimejan kubah berbentuk payung lambang payung negara ,dan verandah serta kolam yang luas bertepatan dengan iklim dan geografi Malaysia .

Dan , adakah kita ketandusan idea dan berpatah balik kehilangan identiti masyarakat sendiri selepas apa yang nenek moyang kita fikirkan selepas ini .

Comments

Popular Posts