penulisan

Morning passage by philip glass,

Seharian hidupku memainkan putaran putaran lagu klasikal bernuansa modern daripada philip glass, komposer yang terkenal didalam dunianya tersendiri. Walaupun pada zahirnya aku ini cumalah insan yang buta musik, tetapi apakah salahnya untuk terkadang hanyut didalam musik itu sendiri.

untuk pengisian sebuah cerita dimana setelah berhabuknya blog ini tidak dikemaskini dan diambilpeduli, biarkan sejenak berikanlah keizinan daripada diri hamba sendiri untuk meninta sepatah dua kata. Jujur aku katakan masa masa ini adalah masa yang paling sukar bagi aku sendiri dan mungkin dikalangan orang lain di Malaysia ini. hanya gula gula hack yang menjadi pengganti dikala diri ini mahukan rasanya segarnya kretek.

Ada apanya yang terkandung didalam sebuah blog? biarlah sahaja apa yang ditulis dan diluahkan itu jika tidak dibaca oleh seorang umatpun lebih baik agaknya tidak dikecam segelintir pihak yang tidak memahami makna yang tersurat. Kerana adab dan budaya Melayu itu sendirinya amat halus sehingga ada isi yang tersirat dan tersurat.

Ramai orang yang boleh memahami perkara tersurat tetapi untuk memahami perkara tersirat itu. Subhanallah, Perlukan penelitian dan kefahaman didalam setiap tajuk dan perkara yang dibincangkan.

Seandainya aku diberi keizinan dan masa oleh Tuhan Untuk aku menulis lagi, aku akan membiarkan sisa sisa kehidupanku ini untuk menulis. Kerana penulisan ini, orang yang telah diberikan tuhan ilham untuk meninta dan menulis ini. Teramat hebat tugasannya.
Kerana penulisan itu ialah anak anaknya buah fikiran yang terbit dari lamanya membaca dan berfikir.
Kerana penulisan itu membuat penakrifan dan kesimpulan baru tentang sesuatu perkara.
Kerana penulisan itu tak kurang atau lebih bisa menaikkan dan menginspirasi seseorang individu dan  tamadun bangsa.
Kerana dengan penulisan juga manusia dapat mengenal TuhanNya didalam kalamNya.

Comments

Popular Posts